6,000 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi kedua-dua kampus iaitu Kampus Serdang, Selangor dan Kampus Bintulu Sarawak dijangka akan pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNCHEPA), UPM, Prof. Dr Arifin Abdu berkata pihaknya telah mengenalpasti mod pergerakan pelajar melalui bancian yang dibuat.